Thursday 28 March 2013

MILITAN PENGAWAL 'IMAM TUA' MATI DITEMBAK DI KAMPUNG SIMUNUL HARI INI



Lahad Datu, 28 Mac - Seorang anggota militan Sulu ditembak mati
setelah lelaki itu menyerang seorang anggota keselamatan dengan barong (sejenis parang) ketika pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna, hari ini.Photo: To our Malaysian Friends ;)

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keselamatan itu ditetak lelaki berumur 60-an terbabit di depan dan belakang badannya ketika pasukan keselamatan menjalankan operasi bersepadu dan penggeledahan di kampung berkenaan pada 8.40 pagi.

"Walaupun ditetak, anggota pasukan keselamatan berjaya melepaskan tembakan. Tiada kecederaan serius dialami anggota kita.

"Siasatan mendapati lelaki itu merupakan pengawal dan pembantu kepada seorang penceroboh militan Sulu yang dikenali sebagai 'Imam Tua'," katanya pada sidang akhbat di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Iman Tua adalah antara pengganas yang mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di perkampungan atas air itu 2 Mac lepas yang turut mengorbankan enam anggota polis.

Hamza berkata hasil pemeriksaan di rumah itu, pasukan keselamatan menahan dua wanita berusia 45 dan 30 tahun yang merupakan isteri dan anak perempuan penceroboh militan yang ditembak mati berkenaan.

Kedua-dua wanita yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), katanya.

Beliau berkata turut ditahan dalam operasi itu ialah empat lelaki. Kesemua mereka ditahan mengikut akta-akta lain.

Hamza berkata sehingga kini pasukan keselamatan menembak mati 68 musuh manakala 121 individu ditahan untuk siasatan di bawah Sosma dan 443 ditangkap mengikut akta-akta lain.

Sementara itu, Hamza berkata ketua kampung dan ketua-ketua keluarga Kampung Tanjung Batu akan dibawa masuk bersama kumpulan penilaian terdiri daripada pegawai daerah dan Majlis Keselamatan Negara ke kampung itu esok bagi membuat taksiran kerosakan harta benda sebelum penduduk yang mempunyai dokumen dibenar pulang Sabtu ini.

Bagi yang tiada dokumen, mereka akan diletakkan di satu kawasan sementara, katanya.- BERNAMA

1 comment:

  1. Kata-kata ni untuk mereka yang mentertawakan perwira kami yang terkorban
    (melalui TV), di sebuah restoren (Kota Kinabalu), sambil kamu bersorak kegirangan, bibir kamu pula memuntahkan kata "beli lah!!! Kalau kami memerintah Sabah nanti, mahal lagi harga barang ni kami jual....!!!"

    Ade de de, punya sedap bunyi nya, tak apa, ni kata-kata ku untuk kamu......

    Jangan sombong dan kegirangan
    Melihat tubuh rebah ke bumi.....
    Komando kami bukan sembarangan...
    Dah lama menyimpan darah pahlawan.....
    Bukan sekadar senjata api.....
    Tetapi ilmu kebathinan bukan untuk sembarangan orang....
    Ku berdiam diri hanya sekadar merendah diri...
    agar terpelihara budi bahasa...entah puisi entah apa
    hanya sekadar insan yang masih punya belas kasihan......
    with love, Noriz

    ReplyDelete