Rapat Dengan Seseorang – Nora Danish
Mungkin ini berita gembira buat Nora Danish tetapi merupakan berita sedih kepada jejaka yang menaruh hati kepada si ibu tunggal ini. Nora Danish hari ini menerusi Kosmo mengakui yang dia sedang rapat dengan seseorang dan sedang mengenali hati budi si dia yang bertuah itu.Siapakah jejaka yang bertuah itu? Buat masa ini, identitnya masih rahsia.
Sejujurnya buat masa ini saya memang sedang rapat dengan seseorang dan dalam peringkat mengenali hati budinya, cuma saya tidak mahu mendedahkannya sekarang kerana hubungan tersebut masih lagi di peringkat awal.Saya tidak berniat untuk merahsiakan identiti lelaki tersebut kepada umum, tetapi kalau sudah tiba masa yang sesuai dan hubungan tersebut benar-benar kukuh barulah saya akan bercerita.Pasti ramai yang kecewa mendengar pengakuan Nora Danish ini. Namun Abang Nara berharap anda doakanlah agar Nora benar-benar bercinta dan seterusnya akan berkahwin dengan jejaka ini. Rasanya memang sudah lama Nora memegang status ibu tunggal. Orang kata, daripada hidup berseorangan, lebih baik ada berdua.
No comments:
Post a Comment