USS Missouri : Kapal Perang Dari Filem Battleship (16 Gambar)
Boom Boom!
Anda sudah menonton filem Battleship lakonan kaku Rihanann dan Brooklyn Decker? Sangat kayu lakonan mereka tetapi tak apa pasal SPLOSIONS didalam filem ini dapat membuatkan anda lupa lakonan tahap akar rizom dua orang "pelakon" wanitanya. The star of the show ialah kapal perangUSS Missouri. Di klimaks filem, kapal berusia hampir 70 tahun ini menunjukkan ke bad-assanya kepada anda. Mari kita tahu sedikit sebanyak sejarah dan fakta menarik USS Missouri
Ianya kapal keempat didalam kapal IOWA CLASS. Ianya mula beroperasi pada jun 1944 dan pada ketika itu kapal perang kelas IOWA ialah kapal Battleship terpanjang didunia pada ketika itu
Sungguhpun begitu ianya bukanlah kapal Battleship terbesar dunia. Gelaran kapal battleship terbesar dunia ialah milik Yamato. Kapal milik Tentera Laut Diraja Jepun mempunyai berat maksimum 71 659 tan manakala Missuouri hanya seberat 45 000 tan
USS Missouri mampu memuatkan 1,851 ana kapal.
USS Missouri dilengkapi 9 laras meriam 16 inci yang setiap satunya seberat 121 tan. Ia mampu menembak sebuah peluru seberat 1200 kilogram sejauh 38 kilomter.
Missouri mempunyai 3 rudal utama dengan 3 laras meriam setiap satu.Ketika perang 94 oranganak kapal diperlukan bagi memastikan kelancaran operasi setiap rudal.
Missouri beroperasi didalam 3 peperangan iaitu Perang Dunia Kedua, Perang Korea dan Perang Teluk 1991.
Missouri ialah tempat dimana Jepun menandatangani perishtiharan menyerah diri ketika Perang Dunia Kedua.
Ia kembali aktif pada perang teluk selepas bersara sekitar 1970-an. Proses permoden dilakukan keatas Missouri pada tahun 1984 dan ia dilengkapkan dengan pelancar roket Tomahawk, Harpoon dan senapang gattling CIWS.
Missouri akhirnya ditamatkan perkhidmatan pada tahun 1992 selepas tamatnya perang teluk dan menjadi muzium terapung di Hawaii sejak 1998.
No comments:
Post a Comment