Wednesday 27 March 2013

Khianat tak sudah


Photo: Esok dah mula cuti sekolah. 
Ramai cuti nak berkelah bersama keluarga. 
Bagi anggota keselamatan yg bertugas sempena OPS DAULAT, tak berpeluang bercuti bersama keluarga, rakan sepasukan menjadi tempat berkongsi suka dan duka


Lahad Datu: Polis mengesan sesetengah individu di Semporna dan Sandakan yang menjadi pengkhianat negara dengan menyalurkan sumber kewangan kepada kumpulan pengganas di Pulau Jolo, selatan Filipina.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika mendedahkan perkara itu berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu dipercayai bagi membantu aktiviti kumpulan terbabit.

Sehubungan itu, pihaknya memberi amaran keras kepada mereka dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

No comments:

Post a Comment