Tuesday, 9 April 2013

32 ditahan di tengah laut

Kota Kinabalu: Penyamaran 32 individu bersenjata api dipercayai pengganas yang cuba memasuki negara ini menggunakan bot kumpit gagal apabila kehadiran mereka berjaya dikesan pasukan keselamatan ketika berada kira-kira 12 batu nautika dari Tambisan, dipercayai dalam perjalanan ke Lahad Datu.

Dalam kejadian jam 2 pagi semalam, sepasukan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesan kehadiran sebuah bot kumpit cuba memasuki perairan negara sebelum berjaya dipintas dan pemeriksaan lanjut menemui senjata api termasuk M-16, parang dan kapak selain beberapa dokumen lain.

Difahamkan, ketika ditahan semua mereka berpakaian biasa dan tidak mengenakan pakaian celoreng.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, bot kumpit itu dipercayai dari negara jiran dan cuba memasuki perairan negara sebelum ditahan pasukan keselamatan.

Menurut Hamza, ketika dihampiri, tiada sebarang pertempuran berlaku ketika pasukan keselamatan memintas mereka.

Tuesday, 2 April 2013

Tembak imam naik minyak

Tembak imam naik minyak

Gambar : ANGGOTA polis menitiskan air mata menyambut rakan seperjuangan yang tiba di Markas Polis Marin Batu Ubang, Pulau Pinang selepas menyertai Op Daulat di Lahad Datu.

Kuantan: “Saya lihat sendiri bagaimana pengganas digelar imam itu menetak tangan seorang anggota polis berkali-kali walaupun badannya ditembak bertalu-talu anggota keselamatan.

“Bot yang kami naiki juga menjadi sasaran peluru kumpulan pengganas sehingga kami tidak boleh menghampiri tempat kejadian untuk membantu rakan lain,” kata anggota polis marin, Koperal Kuan Gin Ching, 35, menceritakan pengalamannya ketika menyertai Op Daulat di Semporna, Sabah.

Menurutnya, dia bersama beberapa anggota dari Unit Gempur Marin (UNGERIN) ditugaskan untuk mengawal pesisir pantai dengan menaiki bot di Kampung Simunul, Semporna beberapa hari selepas insiden serangan hendap yang mengorbankan enam anggota polis.

Katanya, ketika membuat rondaan dia tiba-tiba mendengar bunyi tembakan dan mendapati pasukan polis sedang berbalas tembakan dengan beberapa pengganas, namun ketika pasukannya cuba menghampiri perkampungan air itu mereka turut dihujani peluru.

“Saya dapat melihat imam itu bagaikan dirasuk dan menetak tangan anggota polis menggunakan barong walaupun ketika itu dia ditembak bertalu-talu.

JADIKAN INSIDEN PENCEROBOHAN SEBAGAI IKTIBAR:

George Town, 2 April - Insiden pencerobohan militan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah seharusnya menjadi iktibar kepada semua bahawa betapa pentingnya menjaga dan mempertahankan keamanan negara.

Ketua Unit Gempur Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Pulau Pinang Inspektor Hazri Zakaria berkata peperangan yang berlaku memberi banyak kesan buruk kepada rakyat dan negara selain mengakibatkan banyak kerosakan.

"Kalau boleh elakkan peperangan dan saya sebagai pasukan keselamatan takkan benarkan ini terjadi (lagi). Walaupun dengan kudrat saya, saya akan cuba mempertahankan (negara) bukan saja untuk saya, tetapi untuk generasi akan datang.

"Saya tak nak mereka susah dalam keadaan macam ni, memang cukup susah... cukup tertekan dan banyak kesulitan. Saya lihat penduduk kampung di sana, keresahan mereka untuk teruskan hidup, sampai kena keluar daripada kampung sendiri," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan kepulangan petugas-petugas Operasi Daulat PPM Wilayah 1 Pulau Pinang, di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 16 pegawai dan anggota dari PPM Wilayah 1 Pulau Pinang, Markas Langkawi, Kedah dan Markas Kampung Acheh, Perak menerima surat penghargaan dan cenderahati daripada Timbalan Ketua PPM Wilayah 1 negeri Supt R. Morgan.

Berikutan keadaan tegang di kawasan operasi, Hazri yang menyertai operasi itu selama lebih sebulan berkata beliau tidak dapat menjawab panggilan mahupun pesanan ringkas (SMS) daripada isterinya kerana mahu memberi tumpuan 100 peratus kepada operasi.

"Tertekan saya tak boleh nak jawab (panggilan dan SMS), saya tak jawab sebab nak bagi tumpuan 100 peratus pada penugasan saya. Kerisauan keluarga ni secara tak langsung terdetik juga. Saya ada minta pegawai di sini untuk tengok-tengokkan isteri dan anak-anak saya," kata bapa kepada dua anak yang berumur antara lapan dan lima tahun.

Sementara itu, berkongsi pengalaman bertugas dalam Operasi Daulat, Koperal Norhazeni Ahmad yang mengetuai Jentera Bot PSC 52 yang berpangkalan di Lahad Datu berkata detik mencemaskan adalah apabila bot yang dinaiki hampir terkena bom pihak pengganas.

"Saya sebagai ketua jentera diarahkan ke zon merah iaitu di kawasan Tanjung Labian. Jarak antara perairan laut Tanjung Labian ke darat lebih kurang satu batu.

"Waktu itu berlaku pertempuran di mana pihak keselamatan dan pihak musuh bertempur. Pada waktu tu kami telah diserang hendap dan berlaku tembakan menyebabkan bot kami hampir dibom dengan jarak bot lebih kurang 20 meter. Alhamdulillah, pada waktu itu kami semua terselamat," katanya. - BERNAMA

Perwira Negara Malaysia

Lt.Adnan dari ATM pergi meninggalkan kita...perginya beliau tak kembali lagi...tetapi telah ada penggantinya ASP Zulkifli bin Mamat....pada 01.03.2013 kita telah kehilangan lagi seorang pewira negara...adakah selepas ini ada pewira seperti mereka berdua...seiras pada muka dan keberanian.....Al-Fatihah buat Asp Zulkifli bin Mamat dan Lt.Adnan, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan al-fatihah juga buat rakan seperjuangan yang telah gugur di medan perang LAHAD DATU sabah...dan takziah buat semua ahli keluarga pewira yang terkorban.....bersabar Allah lebih menyanyangi mereka....

kredit : Pahlawan Zulkifli bin Mamat

Friday, 29 March 2013

Mengaku Islam, tidak tahu mengucap

MAYAT seorang pengganas yang mati ditembak di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

SEMPORNA – Rata-rata pengganas Sulu yang ditahan oleh pasukan keselamatan sepanjang 25 hari Ops Daulat didapati tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah walaupun mereka mengakui beragama Islam.
Menurut sumber, perkara tersebut terbongkar apabila anggota keselamatan melakukan soal siasat terhadap pengganas-pengganas terbabit yang ditahan di daerah ini dan Lahad Datu sepanjang operasi itu.
“Soal siasat yang dijalankan mendapati rata-rata pengganas tersebut mengaku diri mereka beragama Islam.
“Bagaimanapun, apa yang mengejutkan, ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.
“Tindakan itu membayangkan seolah-olah mereka yang terlibat ini tidak mempunyai asas dalam ilmu agama Islam,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Selain itu, anggota kumpulan pengganas tersebut yang ditahan dan terbunuh juga didapati memakai tangkal pada anggota badan mereka yang dipercayai boleh menjadikan mereka kebal ketika berdepan dengan pihak keselamatan.
Sebahagian besar pengganas Sulu yang maut dan diberkas pihak berkuasa didapati memakai pelbagai tangkal yang tertulis ayat khurafat di leher, lengan, tangan dan pinggang masing-masing yang dikatakan boleh menjadikan mereka kebal.

MAYAT pengganas Sulu yang di kumpulkan di Hospital Lahad Datu baru-baru ini.

Mengulas lanjut, sumber itu memberitahu, berdasarkan soal siasat, anggota pengganas yang ditahan itu mendakwa mereka sanggup berperang dengan pasukan keselamatan Malaysia kerana ia dianggap jihad kepada ketua kumpulan pengganas Sulu, Jamalul Kiram III.
Sumber itu menjelaskan, seorang tahanan pengganas yang berusia 25 tahun bertindak membunuh diri di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau pada 15 Mac lalu didakwa bertindak demikian atas alasan sama iaitu jihad.
“Kita telah menahan bapa si mati di balai yang sama dan dia tidak sedih dengan tindakan anaknya itu malah berbangga dan kematian anaknya itu selain membuatkan dia lebih kuat,” katanya.
Difahamkan, bapa si mati merupakan seorang berpangkat panglima dalam kumpulan pengganas tersebut dan ditugaskan melakukan keganasan di daerah ini bersama anaknya.
Punca kematian suspek yang ditahan di bawah Seksyen 130(c) Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak didedahkan.
Untuk rekod, setakat semalam, seramai 68 anggota pengganas Sulu terbunuh dalam Ops Daulat yang dilancarkan awal bulan ini manakala jumlah yang ditahan di bawah SOSMA ialah seramai 103 orang.

KISAH SEBENAR YANG BERLAKU DI LAHAD DATU!

KRONOLOGI PENCEROBOHAN YANG BERLAKU DI LAHAD DATU | Kisah yang diceritakan ini memaparkan kisah sebenar pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu, Sabah.

1. Saya tahu agensi perisikan Singapura, Indonesia, Filipina dan Amerika Syarikat (AS) telah menarik nafas panjang apabila melihat kejayaan Malaysia khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam mengerakkan operasi bersama (Joint operation) sehingga berjaya melumpuhkan pengganas-pengganas Sulu yang telah menceroboh kedaulatan negara.

2. Malaysia sudah memberikan peluang yang sebaiknya kepada pengganas ini yang jumlahnya lebih kurang 150 ke 200 orang selama tiga minggu dan dunia telah menyaksikan pengganas-pengganas ini menganiaya anggota pasukan keselamatan kita.

3. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (Syahid) terbunuh apabila pengganas Sulu melakukan sikap keji apabila berpura-pura mengibarkan bendera putih sebagai isyarat mahu menyerah diri.

4. Zulkifli yang merupakan ketua pasukan, menyangka musuh berniat baik lantas bangun dari posisi bertahan dan serentak itu, peluru dari penembak tepat dilepaskan dan menembusi kepala Allahyarham.

5. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (Syahid) yang bangun membantu turut terkena peluru dari penempak tepat, maka gugurlah kedua perwira bangsa.

6. Rupanya pasukan peninjau polis yang menjalankan tugas recce dalam ladang kelapa sawit disitu telah dikepung oleh ratusan pengganas Sulu.

7. Tanpa ketiadaan ketua pasukan, anggota lain terus membalas tembakan dan bertahan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum tiba pasukan bantuan dan hasil dari kecekalan mereka yang terkepung ini, lebih kurang 12 pengganas Sulu ditembak mati.

8. Pengganas juga menganianya wira-wira polis kita yang gugur di Jaya Simunul, Kampung Seri Semporna.

9. Wira-wira polis ini yang berpakaian biasa merupakan unit Cawangan Khas (SB) bergerak ke kampung tersebut untuk melakukan tinjauan risik tetapi kedatangan mereka seperti sudah dapat dihidu.

10.Pengganas yang bersenjatakan raifel automatik M16 menghamburkan peluru sehingga mereka gugur sebagai bunga bangsa, darah pekat mengalir dari celah-celah jeti kampung tersebut.

11.Yang tinggal hidup, hanya nyawa-nyawa ikan.

12.Ketika ini, musuh menerpa dan mengerat-gerat serta memotong kepala ketua pasukan polis ini, ada jenazah polis yang dicacatkan, mata si mati dikorek, ada yang dipotong kepala di ditetak berkali-kali dengan parang, ada yang masih hidup dipotong kedua-dua tangannya.

13.Yang sialnya, akhbar Filipina yang menyokong pengganas ini meletakkan mereka yang mati dikalangan penyokong Kiram sebagai imam-iman tempatan dari kaum Sulu yang syahid.

14.Senarainya kecederaan dan penganiayaan pada mereka yang mati ini saya ada tetapi demi menjaga maruah mereka yang gugur, tidak perlulah saya siarkan, saya jamin, kalau anda membaca…anda akan berdendam.

15.Saya sendiri tidak tahu, tonik apa yang mereka makan atau jin mana yang mereka damping sebelum pergi berperang sehingga memaksa mereka itu bertindak diluar batas kemanusiaan.

16.Yang anehnya, ada juga penyokong pengganas-pengganas ini dari negara jiran dan komen mereka terpaksa saya buang untuk mengelakkan nama negara mereka yang besar itu tercemar dan kotor di atas komentar rakyat mereka ini.

OPERASI DAULAT

17.Saya memohon maaf kerana tidak dapat update setiap butiran operasi.

18 Ingin saya melahirkan rasa kesal kepada sebahagian besar pembaca saya yang tidak sabar dan terlalu banyak mempertikaikan operasi ATM dan PDRM ini seolah-olah mereka ini lebih tahu.

19. Mereka beranggapan perang seperti yang mereka lihat dari kaca TV atau permainan video game.

20.Saya pula memilih jalan selamat untuk menantikan satu tindakan konkrit yang saya tahu pasti akan berlaku sedangkan setiap hari maklumat dari medan tempur masuk ke dalam talian saya setiap jam, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para kontek saya dan juga kepada Anak Sabah yang menjadi mata dan telinga saya di negeri itu.

21.Maklumat-maklumat ini pula tidak dapat saya siarkan kecuali kerana tidak ada siapa yang boleh mengesahkan data yang saya terima, dan saya pula tidak mahu menganggu operasi yang sedang dijalankan termasuk menyebarkan khabar yang tidak benar.

MALAYSIA BUKTIKAN KEUPAYAAN MELAKSANAKAN JOINT OPERATION

22.Operasi Daulat dimulakan dengan serangan jet-jet F/A 18 Hornet dan Hawk Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) ke atas Ground Zero pada jam 0700

23.Ia diikuti dengan tembakan dari mortar 81mm, mesingan berat dan kemaraan 4 buah APC yang diikuti dengan PGA, VAT69, Para 10, serta unit khas lain.

24.Bagi saya, serangan jet-jet ini lebih kepada “Power Projection” oleh Malaysia kepada negara jiran padah apabila kita hilang sabar dan menunjukkan kemampuan bajet operasi ketenteraan negara apabila berlaku situasi kecemasan.

25.Ia juga adalah bukti kemampuan negara untuk melaksanakan Joint atau Combined Force Operation yang menggabungkan tentera laut, udara, komando, tentera darat, polis serta agensi kerajaan lain.

28.Negara-negara jiran lain secara teorinya mungkin ada kemampuan untuk membuat “Combined Force Operation” ini tetapi belum pernah dibuktikan secara nyata kecuali dalam latihan.

52 PENGGANAS SULU TERBUNUH SEHINGGA ARTIKEL INI DITULIS PADA 8 MAC

29.Apabila kita hilang sabar, inilah akibatnya, 52 pengganas Sulu terbunuh sejak dari kali pertama pertempuran bermula.

30.Pengganas ini menyangka mereka sedang berperang dengan askar-askar Filipina, mereka lupa, mereka sedang berhadapan dengan ANGKATAN TENTERA MALAYSIA dan POLIS DI RAJA.

31.Saya sendiri menyaksikan gambar-gambar kematian pengganas ini (gambar baru dan bukan gambar dalam lubang), tetapi saya gagal memperolehi kebenaran untuk menyiarkan gambar ini, ia akan disiarkan dalam sebuah blog lain.

SERANGAN PENGGANAS TIDAK ADA KOORDINASI

32.Maklumat tidak rasmi yang saya terima, pengganas-pengganas ini mempunyai kekuatan seramai 1,000 orang di mana sekitar 200 dari mereka berada di Lahad Datu.

33.Bakinya dipecahkan ke enam daerah yang lain termasuk Semporna.

34.Ramai yang mempertikaikan keberkesanan sistem jammer atau kenderaan Electronik Warfare yang kita ada iaitu CommJam Fuch 6×6 hanya kerana ketua pengganas berjaya membuat panggilan telefon ke Manila.

35.Bagaimana kejayaan sistem ini terbukti kerana rancangan awal pengganas berjaya digagalkan, pelan untuk menimbulkan huru hara di tempat-tempat seperti di Kunak, Tungki, Tingku, Kinabatangan, Sandakan dan Semporna lain gagal kerana masalah komunikasi.

36.Sejak awal rakyat dibawa menumpukan perhatian ke Lahad Datu sedangkan pada masa yang sama pasukan tentera di atur gerak ke tempat lain.

37.Kegagalan rakyat dan pembaca memahami bagaimana operasi tentera dijalankan memang saya sudah jangka kerana rata-rata, banyak forum pertahanan hanya suka membicarakan kecanggihan sesuatu aset tetapi kurang menyentuh dari sudut operasi ketenteraan.

PENGGANAS MERAYU MINTA GENCATAN SENJATA

38.Kelmarin media-media di Filipina dan Indonesia meletakkan harapan yang tinggi kepada pengganas Sulu ini untuk mendatangkan kerosakan yang besar kepada pasukan keselamatan negara kita.

39.Tajuk-tajuk seperti “Experience versus Fire Power” disiarkan, dan mengangkat pengganas Sulu ini seperti pahlawan yang tidak terkalah.

40.Bongkaknya elemen dengki dan cemburu di negara-negara dunia ketiga ini dihancurkan dengan rayuan ketua pengganas sendiri yang memohon ehsan dan belas dari pasukan keselamatan Malaysia.

41.Kalau kelmarin mereka bongkak, hari ini ketua pengganas iaitu Sultan Kiram merayu meminta gencatan senjata dari Malaysia.

42.Perdana Menteri Datuk Seri Najib semalam menegaskan, serah senjata tanpa syarat. Anda (pengganas) sedang berhadapan dengan negara berdaulat.